pAsAl Aku

My photo
tak kaya. tak pandai. tak kurus. tak anggun. tak rendah. tak aneh. tak baik. tak jahat. tak bising. tak kerek. tak merokok. tak siuman. erk..?

Thursday, December 29, 2011

NUFFNANG nih sayang jugak kat aku.. ^^

hi Nuffy crew.
thanks for all the love, support, ads, money given yaa~~
although this blog is only talk crap, only for personal use, u always give the support.
even 0.05 cent makes me seriously happy.
actually last week, my earning is rm4.32.
but then today, it become rm4.58..
yaaa..best!best!
even though i  know people outside there can get a much much ringgit but naahh~ biar la..

keep giving an ads. =)
keep support us the 'picisan' blogger. =D

and watch out yaa..
after graduated and have free time, i will join all your activity/event..hahahaha.
errkk..at least one event la.. ^^

so, thanks again. HAPPY becoming NEW YEAR~



Regards,
attnas,
(picisan blogger from Perak)

Wednesday, December 28, 2011

bangau.bukan bungau tau.

erkk.bungau tuh mende?
lantakkan.

tahu tak bangau?
binatang yang kecik warna putih @ pink.
berkaki panjang.
slalu angkat kaki seksi2..(angkat sebelah kaki dia time berdiri)
boleh terbang.
tapi tak tahu perkampungan habitat kat mana.
tibatiba je ada dekat sawah.
pastuh kat tasik2.
pastuh kat laut..??
entah.
konfius.

tapi dia popular.
siap ada dedikasi lagu tu~
aku pun takda.
dah la kecik2 lagi dengar/blaja lagu bangau.
tajuk : bangau oh bangau.
search kat youtube.ada....kot..
RTM punya model kanak2 tu sepupu aku..hi kaklong!! hahaha.
tapi bangau nih low profile je.
haha.gila .bye.



*soalan tiada kena mengena dalam melawan takdir alam. tq.

Sunday, December 11, 2011

BIAS terhadap orang gemuk!

kau GEMUK?
kau?
kau pulak?
dia?
dia GEMUK ke?
orang sebelah kau?
GEMUK jugak?

ok fine.
kalau TAK GEMUK sila teruskan pembacaan!

kau dan dia dan orang itu yang kurus, slim, shape badan cantik 36-24-36, tinggi lampai, baju bersaiz XXS, kulit yg tiada cela, otak yang cekap berfungsi, skill komunikasi yg bijak, minta tolong boleh?

yela, kami yang GEMUK umpama gambar selena gomez dipenyekkan ni juga ciptaan seperti kamu.
saiz, kelebihan, kesempurnaan sahaja yang berlainan.
jadi, mintak tolong, mintak please ye.

walaupun kami yang GEMUK ni selalu memenuhkan kanta mata kalian, kami hanya hidup sendiri.
tidaklah pula bergantung pada kalian dari segi makanan, pakaian, wang, kediaman.

jadi, mintak tolong ya. mintak please.
HORMAT orang sikit.
RESPECT orang sikit.

dua permintaan je.
tak banyakkan?

terima kasih kehadapan.
thank you in advance.

Thursday, December 8, 2011

somewhat called idol, boys, love.

WARNING: bukan peminat korea diminta tekan X kat atas kanan browser.tq.

dah lama aku simpan perasaan ni.
takkan aku nak kena simpan lagi kan?
aku tak nak simpan dah!
biar semua orang tahu.
lantakkan katakata cacingan.
ketepikan sumpah seranah.
buangkan segala tohmahan.
singkirkan kebencian insani.

haha.
bajet gila.


dah2!
actually, dari dulu sampai sekarang....
from the very deepdeeply in my heart and also duodenum and amylase,

TVXQ + JYJ = DBSK

HEY GUYS! PLEASE, PLEASE AND PLEASE AKTF!
We do favor a new idols, a new boys, a new song BUT U GUYS are always the BESTEST!
evidence?
unite the CASSIE all over the world and U can get a new harmony world named CASSIOPEIA ♥♥♥♥♥



**mmg gedik gila otak berserabut berlovelove kau nih!


Sunday, December 4, 2011

YES, THIS IS KOREAN LESSON|BELAJAR BAHASA KOREA yaww

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

camna hidup?
normal?
abnormal?
lantak kan.

ok, siapasiapa yg nak/bercitacita/berkemahuan untuk belajar bahasa korea...especially budakbudak sekarang nih kan tak kira lelaki ke perempuan ke, yg alaala minat ceritacerita korea tu, mesti ada terlintas 'OMG! kiutnyeWW bahaseWW niWW.huW~'. malahan ada juga yang 'I akan berusaha habishabisan carik GURU KOREA TERPALING HANDAL SEKALI untuk master bahasa ni'. or else 'mak! ayah! gaji yg akan datang nanti bagi dalam 500RM kat orang eh. orang nak beli BAHAN BELAJAR..(padahal nak beli buku korea yang 39RM satu kan?)'.

HALLAMAK!!
apa guna kau jadi anak siber?
anak www??
anak BROOKE dan BANDi??
guna je la mende dah ade depan mata.
ni x, nak nyusahkan makbapak je.
aku tabo sorang2 kang.haha.gile emo.

nih, pegi sini je.


a very recommended website:
1. http://www.omniglot.com/writing/korean.htm
2. http://www.linguanaut.com/english_korean.htm
**both will make u more understand if kau betulbetul gigih bagai mak enon menari canggung.


and a very recommended dictionary:
1. http://www.koreandictionary.net/


ni pulak software untuk kau belajar lebih dasat lagi.haha
1. http://www.declan-software.com/korean/korean_download_rd.htm
tapi kau kena baya la kalo nk belajar lebih.kau baya untuk register.


ok, aku sebenanye start belaja dengan ADEQ @ EX-HOUSEMATE aku. beliau yg aja sket2.
so, sekarang aku da boleh baca2 sket la apa yg dorg duk tulis. cuma tang vowel tuh mmg gagap gile la.

tempoh untuk master vowel and alphabet siap pakej boleh tulis 한국 (hanguk/korea):
- 5 hari yang penuh gigih dan berusaha.


nak improve cepat macam mana?
-aku nasihatkan bagi yang minat DBSK/TVXQ/JYJ/TOHOSHINKI/TVfXQ tu, boleh la pegi bukak MV or live MV dorg. kalo korang perasan ada tulisan kecik kat sebelah kiri bawah. itu lirik sebenanye.

- geu saram naega..-


nota1: sapa tak paham boleh tanya.
nota2:actually semua lagu korea, even time konsert/award pun dorang da letak siapsiap lirik.=D
nota3:waa.rindu gile dowh~
nota4:terima kasih sudi nak baca benda ni walaupun muak.

Tuesday, August 9, 2011

join me!! ^^

SAYA DENGAN INI TELAH MENDIRIKAN INI :

http://attpunyabeg.blogspot.com

ada begbeg.
saya jualjual.
kamu belibeli.
boleh?
^^

Sunday, August 7, 2011

::this is the photo review-review::

hi.
salam ramadhan.
sebab takde manyak mende nak buat, kita review2 gambaq dulu2.
mana tau kot2 penah ter-ada-kaitan dengan ko ke kan..he.

ini boleh membawa maksud:
kalau tepuk sebelah tanga memang takkan berbunyik!!kau tak payah nak tepuk2 lagi.kang aku tepuk tangan ko kat arang tuh ha!!memang pure punya rasa tepuk.nak? <--emo

ini pula boleh digunakan untuk peribahasa:
'benih yang elok kalau dicampak kat lumpur sekalipun, akan tetap bercambah subur'..betulkan?
description gambaq: kat atas tar jalan tuh tetiba ada rumput tuh tumbuh.phii~

ini pula dikategorikan sebagai bahasa sopan. sopan bukan? takde dah toilet, tandas, jamban, bilik rahsia, tempat membuang sisa2 perut.....tempat tahi...??

ini memang tahap maksimum bengang la nih!

orang jaga tandas kali pertama: jangan guna tandas nih! rosak.(sambil tampal kertas A4 tulis dengan marker pen TANDAS ROSAK)
pengguna tandas: ala, rosak sikit ja..guna sat la...(sambil masuk menunaikan hajat dan impian)

orang jaga tandas kali kedua: rosak lah tandas nih! tak payah nak guna lah! (sambil kunci tandas dari dalam)
pengguna tandas: hurmm..nih mesti rosak kat flush je.xpe, baldi ada boleh guna jirus.(sambil gigih hentak2 pintu sampai terbukak)

orang jaga tandas kali ketiga: tak paham2 lagi ke? tandas memang rosak la gile!!! zeraapp!!! ZEERAAPPP!!!!ZERAAAAPPPP!!!! (sambil guna plaster tampal)
pengguna tandas: errkk..OK, MEMANG BETUL2 ROSAK RUPANYE......

mana la nak tau kan entah entah penjaga tandas nih letak perangkap tikus or kaca tajam ke kat dalam tandas tuh, kalau orang degil gak, pegi bukak pelaster tuh, konfem terpijak punya la.
masa tuh, menangis la kau serupa bayi!!
=)

Friday, July 8, 2011

lama dah hilang

lama hilang untuk mencari pengalaman baru..
cerita baru..
suasana baru.
perasaan baru..
kenalan baru..
hasad dengki baru..
tekanan baru..
dan segala galanya baru~~

SELAMAT HARI BARU ANDA~
^^

Saturday, April 23, 2011

apa kaitan tunangnya kakanda ashraf muslim dengan vlogger??

ada kaitannya...tak pecaye? sila lihat perenggan di bawah~ ^^

aku : da betunang........ada lagi laki lain untuk kite..takpe takpe, saba,saba..

dia: aku chill sebab muka budak perempuan tu macam aku lah! hahah
aku : palotak ko!ahaha tapi dia macam debab debab kite.kira kite pun boleh kawen dengan laki macam ashraf la.yea!
dia : betui ar. ko tengok betui2 cam muka aku doeh.siyes aku tak tipu. senyum sebijik cam aku. aku ingat stok muka cam F**** ke. kalo cam cik E****** ke ape ke.memang konfirm aku pangkah. hipokrates!
aku :ahaha...gila ke? ini harapan untuk kite weh.tapi kite kena jadi solehah dulu.
dia : aku memang solehah. nama penuh aku nor ******* solehah binti yusof. ko tatau kew? kew sajew buart tataww!
aku :ko gedik pehal? tampo dahi..

*********************************
dia : aku yakin la ten muka dayana tu macam muka aku weiii!
aku :iye la...........
dia : yeayyyyyyyyyyy

**********************************
dia : der bila nak lepaking sambil ngumpat orang niiiiiiii
aku : gileeee..haha..29,30 mei blh la. <--sbnanye april..aku tesalah.
dia :mei ke? ala mei aku ade majlis resepsis doeh. kemon lah nora danish!
aku : ahaha.kau tak saba ke lisa? saba der..saba.
dia : aku cuma nak tengok sesama maharaja lawak.HAHAHAHAHA
aku : nanti2 la weh..bia wa setel exam dulu.
dia :wei ko ade koleksi matluthfi x?
aku : XDE! KO DWNLOAD WEH!!!PLISSS. ngn anwarhadi eh.ahaha.aku nak.
dia : matlutfhfi aku ade.tapi anwathadi aku tak lalu download banyak sangat.matluthfi memang A!
aku : haha..AAAAA+ dia tuh! ala, anwa tuh mane dapat je weh.haha
dia : aku kan memang bebudak lahir 90 ramai bebeno vlogger.tapi paling A matluthfi. aku tak jemu tengok video dia
aku: haha.memang der.memang betoi.aku nak kawen dengan matlutfi.titik!
dia: dadan! kang ade yg kene tampo dengan aku. aku yg suke dulu.ko ambik le anwathadi!
aku: xnak!!! aku nak dua dua!!
dia: tamak haloba.kamu ambik yus jambu. muka legend hati cute
aku: xnak!!!
dia : sapa yg kata yg mata sepet tu cute?
aku: erk??matlutfi cakap ke?
dia:ha le! ko tengok la video die. ayat dia paling comei. tu dia malaikat bawak rahmat datang! malaikat bawak rahmat
aku: tau,memang bapak kiut der.
dia: dah lah aku berdoa pada Allah aku nak kawen dengan matluhfi90 plak.
aku: yaii!! kawen laa..

##pasal dorang dalam 1 entry nih. tq
##aku rasa betul la link dorang tuh.ke salah?

Friday, March 4, 2011

:: tengah ada kat atas, jangan lupa orang bawah::



bila kita da senang, kita jangan lupa org yg susah.
ibarat pepatah raja farah time kecik2 dulu:

"setitik beras umpama setitik peluh petani"

ingat senang nak berpeluh?
lagi2 untuk yang bahan kimia rexona kumpul kat ketoyak kau..

baek, sesapa yang rasa geli2 kalau denga yg beras macam peluh tuh, tolong abaikan.
tak pun tak payah la kau p makan nasik.
makan mee ka, bihun ka, gandum ka.
nak lagi kaya makan spageti. takpun roti 2 keping + mozarella cheese. atau mungkin boleh cuba sup cendawan krim + cendawan yang dihiris halus2.
oh! mcm lapa la plak..


*ketoyak=ketiak

Friday, February 18, 2011

kalau makan telur je nanti kentut bau telur.kalau makan tomyam sampai kenyang gila??

eh!
hedhoo~
quick2!!
ok, memang tengah kenyang gila.
makan tomyam kedai sebelah the store tuh la..
sudah la tomyam panassss.
kemudian sambal belacan yg memang cili hijau pedas nak mampusss.
air ber-AIS pulak tuh..
memang pakej lengkap tebako perut..
*kite bako je! kite bako!*

apa tah la benda dalam tomyam tuh ntah yg makcik tuh letak?
ok, benda basic.
plus pati tomyam yang dalam botol label kaler ungu tuh.<--mok sa selalu beli.
juga garam gula guli sepenuh tangan gebu makcik tersebut.
tak lupa jugak cili hijau kecik yang pedas nak mamposs..
ok, da siap.
boleh makan semasa tomyam sedang mendidih didih!!
jangan hiraukan rasa terbakar lidah kerana rasa tuh!!rasa!! rasa yang penting~

sejak kebelakangan kehadapanan serta ketengahan ini,
sudah mula berjinak2 kembali la melihat series korea.hahahaHAHA
tapi 1 drama je la..tak larat dah..
1 drama nak 20-30 episod..

jadi sekarang-an ini, melayan kembali variety show~
ok, tata.
nak p teman DHA bace novel..<--eh!dia ade kat sebelah plak.heh

*tangan kanan melambai2*

Tuesday, January 25, 2011

::mimpi kawen::

padah tido senja2 memang boleh dapat la mimpi bukan2 kan?
tetiba rasa penat nak mampooos..
tah ape yang aku buat tah..
tido la maghrib...
haa,hambek kau!
ketepek!
mimpi kau kawen!
gile ke?
ade laki nih, pakai spek!
ha, sape laki pakai spek?
oh kau ke?
ok, kau mesti bakal suami aku kan?kan?kan?
hahaha...sudaahh!!!

ermm..beberapa hari sebelum nih,pegi shopping complex, nampak banyak gila budak2 bayi.comey2 masalahnye..aku memang tak puas ati la kan..hahaha
so, aku agak da nih, mesti ade sesape nak kawen ke, nk dpt ank ke...
ok, memang dasyat.
kawan saye, ada yg pregnant 4 bulan, 3 minggu.
sedara kawan saya and saerah adek siti nurhaliza baru bersalin..
sazzy falak pregnant.
ermm..sape tah lagi pregnant..
ayu raudah??
eh! lambat sket lagi..rilek la..mesti anak beliau kemba kan?
macam ziana zain..errkk.tetibe~

tapi mak aku pun kemba..
anak takde kemba pun..
ok, out of topic.

da la, itu sahaja!
kalau mimpi kawen ke, mimpi pegi korea dengan yoochun ke, mimpi makan durian 44 bijik ke, itu semua mainan tido.
lagi2 untuk budak yang tido senja!

wey!!! kau da besa..
tido time malam je la.
agak2 da pagi bangun!
jgn mcm aku, melingko je keghojenye..heh.

@@<<--gile!

khurafat | damping malam | aku masih dara

hello!
pagi da nih haa..
ape kau buat tuh?
korek idun??? <---tinggalkan G.so,sebut mcm comel sket.

sabtu lepas, my friend and i went to the cinema.
we watch a movie titled khurafat.
this is the comment:
1.memang laaa sentiasa malam.
2.rasanya boleh je kalau bukak je banyak2 lampu time malam but nak kasi effect seram tuh guna la mode kamera yg mcm suram. SERAM TAK SEMESTINYA GELAPPP......<--aku xsure la ada ke kamera canggih mode suram??
3.part 2-3 minit sebelum ending tuh da best dah..tapi tup2, tak ending betul2 lagi..lepas je masuk ending yg sebena, da xbape best..rasanye boleh je kot kalo buang je part ending and gantikan sebelum ending jadi ending.paham ke eh?
4.shamsul cakap tak lepas la...tapi takpe,dia budak baru belajar~ ^^
5.okay la jugak cerita dia.macam2 yang da boleh agak.takde la teruk sangat..



then, on sunday night, we getting boring and start the very beginning day [i mean 12.00 pm] with damping malam.
1.memang menarik sebab tak boleh nak jangka benda apa dia nak tunjukkan dalam satu2 scene.
2.pelakon da best, macam banyak pengalaman tapi KENAPA TAH SEMUA MACAM SEBIJIK SEBIJIK BACA SKRIP??
3.i suke budak perempuan anak amy mastura tuh..ape nama eh dik??
4.rumah dia CHANTEK LAA!!! KAYA LA OWNER RUMAH TUH!! BOLEH BAGI SEWA TAK RUMAH?? =P
5.ini cerita, time malam TAKDE LA GELAP GULITA SAJA MACAM KHURAFAT~
6.seram yang menjadi untuk PENGECUT TIDAK BERGAJI!!


but then, we proceed to watch one more movie yesterday.
it is not midnight la..juz malam..
my LOVELY AND LULLABY ASHRAF MUSLIM~~
errkk.can or cannot eh use that lullaby?
bantai je la....
OMAIGOD.....
SERIYESS....
TAK BERENTI SENYUM LA PART AVANG I TUH!!![sori FAHRIN AHMAD!tuka mood cinta kejap]
but ada jugak ulasan dan persoalan:
1.bapak seksi u olls..tapi xpe la, ade lagi yg lebeyh seksi dari korang..
2.kenapa kena tikam kat perut tapi lepas tuh letak anduh kat tangan? apekah? adekah seperti cubit peha kiri,peha kanan terasa sakit? atau tikam perut kiri, tangan kiri jugak terasa??errkkk....
3.dialog tang rumah ASHRAF MUSLIM mandi air telaga memang tak boleh blah! telaga la sangatttt!!!haha
5.ya Allah..kau pelihara lah hambaMU yang mengikut ajaranMU dan berikanlah hidayah kepada yg masih buta dan lupa kepada ajaranMU termasuk diriku.


alright guys.
thats all.
there's nobody like to read the 'essay stuff' juz like this entry.
but i cant express the true feeling if i'm not write it long and longer..
is that my fault?
ohh..no.no.
till then,

----------------------------------------end-------------------------------------






monolog:motip jadah la tulis bahasa english?
aku:i want to improve my english, make it better.
monolog:ermm.rilek suda.MUET kan ko da amek........

Monday, January 10, 2011

AJL25

selamat tengah pagi~
selesai tadi tengok AJL25.
komen sket la..

1. PENTAS SANGAT SUPERB compared to last last last year punya. ENGINEER PENTAS, KAU ROCKK!!!
2. SHAHIR sangat tak kiut la takde pendakap gigi and saya terasa saket apabila SHAHIR ditampar.[kuasa cinta.^^]
3. FAIZAL TAHIR! love you! haha.. lu memang best tahap kamus BESTa!!
4. CHERYL, FAIZAL, ALLY..korang nih kiut gila..rasa nak letak dalam poket!!lawak memang kena dengan jiwa saya..
5. YUNA memang HANA TAJIMA la kan~ ^^. [bile tah nak pakai tutup kepala mengurai cam yuna]
6. IKLAN mmg munasabah.. HOT TIKET HOTLINK OK.
7. KEPUTUSAN AKHIR MEMANG HAMPEH. TAK BEST. but tahniah, ia luck anda ANA RAFFALI. ^^

ok, itu sahaja.
nanti komen teruk2 kena saman camne?
waa..
jangan saman~
^^
=))

Sunday, January 2, 2011

:: angkat tangan paras telinga dan cakap HI AWAK! ::

hi!
hai!
hye!

selamat berkenal-kenalan.
saya umur baru 21.
saya belaja lagi.
dalam 1.5 tahun lagi saya keje la.
kalau ikut sijil grad, saya nih engineer.
tp dalam bidang keje nih saya tak boleh ramal lagi.
biasa la.
kadang2 engineer pun boleh jadi model iklan.errkk....
saya tak pandai nak kias2 kalau becakap.
saya direct je.
saya pemalu dan tak berapa banyak cakap sangat.so, awak boleh la meriahkan suasana nanti. =)
tapi sori la sebab saya tak berapa penyabar. awak la yang kena sabar tinggi sket.
lagipun ada masa saya memang kuat membebel.genetik.
saya agak seriyes dan tak suka benda2 remeh.
kalau terlampau gedik pun saya boleh muntah nak tengok.
emm lagi 1, saya peminat cerita korea-variety show. =))

*entry bertulis untuk future husband*

awak pulak?
hidup dah stabil?
famili semua ok?
ke awak da ada tunang masa kecik2??
tak pun da ade orang booking ke?
konfem eh takde?
nanti susah la.
nak gaduh2 plak berebut awak.
tak kuasa u olls.
emm..keje da konfem?
kira duet tuh sentiasa ada ke?
nak tanggung keluarga...
he.

ye la, saya bukan apa, nanti kalau kita ada future plan, semua tuh kena pk dulu kan.
takkan la becinta pun boleh kenyang.
macam mane eh nak mkn cinta?
kire yang bercerai tuh sebab makan banyak sgt cinta eh?
kalo mcm tuh kan awak, kita kawen nanti kita mkn nasik dengan kicap je la.
abes la cinta kalo hari2 pun nk kena amek buat isi perut.

awak, nanti kalau saya jadi penjeles dan pemarah, sila la tenangkan saya.
orang perempuan kan emosi banyak, pandai2 la awak redakan ye nanti.
yang penting tak perlu nak marah2 sebab saya benci sekali pemarah yang marah pemarah.
lepas tuh awak sila la sayang saya walau macam mana pun rupa saya.
kadang2 muka saya jerawat nih tumbuh banyak2.
takut awak tekejut plak tengok muka saya nih..
macam permukaan bulan.

ok,setakat nih itu sahaja.
ada apa2 yang penting awak nak BAGITAHU????